MENCARI CAHAYA HIDAYAH



Cinta itu sebenarnya suci. Cuma manusia yang mengotorkannya. Kerana cinta lah terhasilnya ULAMA dan para WALI. Cinta itu letaknya di HATI. Bagaimana hati hendak memahami rahsia ALLAH sedang DOSA masih banyak.Hati yang banyak DOSA dikuasai NAFSU.. NAFSU itu berlawanan dengan kehendak ALLAH. ALLAH berserta kamu dimana kamu berada..katanya Sesungguhnya AKU sangat hampir.


Musibah itu dari dari ALLAH, utk membersihkan DOSA. Semakin bersih dari DOSA, semakin banyak RAHSIA ALLAH yang diketahui.kerana CAHAYA hidayah (NUR) semakin terang.. Hati itu suka yang BATIN, Pandanglah mata HATI, Akhirat itu lebih baik. Manusia utamakan DUNIA kerana hati dikuasai NAFSU, dipenuhi DOSA.


Bersihkan diri dari DOSA, hati akan MERDEKA.. NAFSU akan dikuasai HATI.Bertaubatlah..Lari dari DOSA menuju ALLAH. Selagi Taubat tidak betul, perjalanan pun tidak betul. Sifat para wali itu sentiasa bertaubat. Kalau berlarutan dalam dosa, tidak akan faham rahsia ALLAH. ALLAH suka yang GANJIL..Hati yang GANJIL..Didalam hati yg cuma ada ALLAH sahaja.

Atas maksud itu usaha atas hati2 Manusia perlu dilakukan. Agar Hati ini sentiasa bersih dan di dalam hati terkeluar selain dari Allah terutama Cinta pada dunia. Kemanisan Iman akan dirasai jika kita mencintai ALLAH dan RASUL lebih dari segalanya.

Setelah Aku Dipaling

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku ma

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia
Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling