AIRFREIGHT

Minggu aku memikirkan bagaimana utk menghantar barang pesanan dari seorg teman. Dah 2 , 3 kali aku bawak barang ni ke office utk dihantar.Tp hajat nya tidak kesampaian lagi. Jadi tak hantar2 lagi.Oleh itu minggu ni pengembaraan aku berkisah menunaikan hajat @ pesanan teman aku yg kini berada di Bumi Samurai.



Hari ini aku bawak lagi barang tu hajatnya malam ini boleh la aku hantar.Kemana perlu aku hantar, Persoalan bermain di fikiran aku. Aku pun tgh muskil. Direct ke bumi samurai @ ke bumi tempat aku dilahirkan. Barang yang ingin dihantar tidak lah seberat mana 5 kg je. Memandangkan aku tidak ade pengalaman menghantar barang ke Malaysia maka perkara ini menjadi 1 pengembaraan yang baru buat aku..

Malam ni adalah malam markas buat Markas Dubai dan Markas Abu dhabi. Sempat ke aku nak hantar barang tu malam ni? Mungkin aku tangguhkan urusan penghantaran barang tu.Sbb untuk perkara agama, kita kena dahulu kan dari perkara dunia. Memandang kan minggu lepas aku tidak dpt dtg ke markas kerana menggunakan masa aku keluar dijalan Allah, maka minggu ini aku akan berkembara bersama2 rakan seusaha dari tempat aku utk bermalam dengan niat iktikaf dan memakmurkan rumah Allah.Oleh itu kembara aku pd hari ini Mencari suasana org yang amalkan agama tatkala manusia lain tengah sibuk dengan dunia (apatah lagi negeri dubai ini , kemewahan dunia) .

Engkau Jelmaan wanita paling bahagia di alam ini

Segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam, selawat dan salam pada junjugan Baginda Rasulullah, keluarga dan para sahabat Rasulullah serta bagi mereka yang mengikut dan mengamalkan sunnah nya.

Saya ingin mengajak semua sri kandi islam agar bangga dengan agama pd dirimu, senang dengan kurnian agama yg Allah kurniakan pd dirimu serta bergembiran pd nikmat genggaman nya. Sengguhnya Allah adalah cita-cita , lembaran harapan dan cahaya hati pd org yang dadanya sempit, bergelemut dengan kebimbangan dan kerisauan. Allah lah yang mengeluarkan kesusahan dan memberikan kesenangan setelah berlalunya kesukaran dan kesulitan. Dia lah yang telah menjadikan akal yang bersih, hati yang suci dan berpesan lah pada dirimu "BERSABARLAH, JANGAN PUTUS ASA , JANGAN HILANG SEMANGAT DAN HARAPAN , LETAK LAH HARAPAN PD NYA UTK HARI ESOK kerana sesungguhnya Allah swt sentiasa bersama Mu . Hanyalah DIa bagi Mu. Cukup lah DIa yang memunuhi urusan mu. Dia lah yang menjaga dan menolong mu.

Sri Kandi ku , jadilah ilmu agama itu sebagai perhiasan mewah utk mencantik kan dirimu. Di dalam nya engkau mampu menggali cahaya keindahan , cahaya hati sinar kecantikan dan mampu mengalahkan kilauan Emas dan permata yang menipu daya kita. Jadi lah agama itu dalam gengaman mu. Maka jangan lah engkau hirau kan perhiasan yang lain, kerana agama itu lah perhiasan terbaik utk dirimu. PErcantikan dirimu dengan perhiasan Iman. Pakai lah ia pd setiap kehidupan mu. Agar dirimu menjadi wanita yang berbahagia di dunia ini. Insyallah. Bacalah Syair-syair dibawah ini agar dapat membantu membersihkan hati mu dari kesibukan dunia dan gumpalan was-was dari menuju istana keimanan , padang kesenangan dan sinar kecantikan.


Hai manusia yang bahagia pd Agama didalam dirimu
Bukan kerana Hiasan Permata lingkaran Kalung dan Kilauan Emas
Dengan gema tasbih disenandungkan bagai berita gembira
Bagai hujan , Bagai fajar dan bagai secerah sinar bagai Awan-awan menghiasi langit
Dalam setiap sujudmu , lautan doamu dan munajadmu
Dalam tafakur di antara cahaya
Tauhid Makfirah dan kitab2 Nya
Dalam pancaran sinar dari puncak gua yg telah dibawa
Oleh utusan Tuhanmu kepada bangsa ROm dan Bangsa Arab
Engkau Jelamaan wanita paling bahagia di alam ini
Kerena di dalam hati mu bersinar cahaya Ilahi
ENgkau adalah wanita yang paling bahagia andaikata engkau memiliki dan membawa agama yang sempurna dalam setiap kehidupan mu dan yakin lah pd setiap langkah mu akan diberi petunjuk Tuhan Semesta Alam.

Lembaran Pertama

Sekian lama saya membaca Blog org. Akhir lah Allah swt memberi peluang kepada saya membuat blog sendiri , semoga Allah swt memberikan saya dan kamu semua hidayah dan kita sebagai asbab hidayah untuk yang lain.Kerana kita diciptakan oleh Allah s.w.t untuk kepentingan umat manusia, sebagai pembawa hidayah daripada Allah s.w.t dan boleh jadi asbab-asbab hidayah untuk yang lainnya. Bukan untuk diri sendiri sah



Wanita yg paling Berjaya di Dunia.

Setiap manusia hidup mendambakan kebahagian, ia ingin mengarungi kehidupan ini dengan penuh ketenangan , ketentraman dan kedamaian.Ingin menjalani hidup ini dengan aman dan damai, Penuh harapan dan dekat dengan pencipta alam ini.
Berbagai cara dilakukan ,berbagai jalan ditempuhi agar mendapat kebahagian.Namun tidak semua org memperolehinya , bahkan amat skit yg memperolehi kebahagian malah mendapat kesengsaraan.

Oleh itu ingin saya mengajak setiap wanita beriman utk memulai hidup baru nya dengan penuh iman, dekat pd Allah,memandangkan hidup ini penuh harapan dan cita-cita.

Wahai muslimah yg rela Allah sebagai Rabnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasul nya.

Wahai muslimah yg setiap langkahnya dalam jalan kebenaran dan melebarkan matlamat yang benar.

Wahai wanita solehah yang sentiasa berhijad bersama2 Daie di Jalan 2 ALlah dengan untaian Kalimahnya , dan menyucikan jiwanya.

Wahai ibu-ibu yg sentiasa mendidik putra putri nya dengan nilai2 takwa, mendidik kehidupan sunnah dan mendorong mereka mencintai kemulian.

Wahai Sri kandi yg ade bimbang dan sedeh di dalam hatinya, Berbahagia lah dan bergembiralah dengan kemudahan dan datang nya Nusrah Allah serta pahala ygbesar dan terhapusnya dosa tatkala kamu menuju jalan kebenaran.