AIRFREIGHT

Minggu aku memikirkan bagaimana utk menghantar barang pesanan dari seorg teman. Dah 2 , 3 kali aku bawak barang ni ke office utk dihantar.Tp hajat nya tidak kesampaian lagi. Jadi tak hantar2 lagi.Oleh itu minggu ni pengembaraan aku berkisah menunaikan hajat @ pesanan teman aku yg kini berada di Bumi Samurai.



Hari ini aku bawak lagi barang tu hajatnya malam ini boleh la aku hantar.Kemana perlu aku hantar, Persoalan bermain di fikiran aku. Aku pun tgh muskil. Direct ke bumi samurai @ ke bumi tempat aku dilahirkan. Barang yang ingin dihantar tidak lah seberat mana 5 kg je. Memandangkan aku tidak ade pengalaman menghantar barang ke Malaysia maka perkara ini menjadi 1 pengembaraan yang baru buat aku..

Malam ni adalah malam markas buat Markas Dubai dan Markas Abu dhabi. Sempat ke aku nak hantar barang tu malam ni? Mungkin aku tangguhkan urusan penghantaran barang tu.Sbb untuk perkara agama, kita kena dahulu kan dari perkara dunia. Memandang kan minggu lepas aku tidak dpt dtg ke markas kerana menggunakan masa aku keluar dijalan Allah, maka minggu ini aku akan berkembara bersama2 rakan seusaha dari tempat aku utk bermalam dengan niat iktikaf dan memakmurkan rumah Allah.Oleh itu kembara aku pd hari ini Mencari suasana org yang amalkan agama tatkala manusia lain tengah sibuk dengan dunia (apatah lagi negeri dubai ini , kemewahan dunia) .

0 comments:

Post a Comment